Tuesday, June 29, 2010

Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2010



YMM Pemangku Raja Kelantan telah mencemar duli untuk berangkat ke Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Kali ke 53 Tahun 1431H / 2010M. Majlis ini diadakan di Dewan Besar, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu pada 20 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 3 Jun 2010.


Banner alu-aluan keberangkatan YMM Pemangku Raja



Semasa lagu 'Selamat Sultan' dimainkan


Pada majlis ini, sebelum pengurniaan hadiah, pihak penganjur telah menjemput YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal bin Hassan untuk menyampaikan ceramah perdana yang bertajuk "Al-Quran: Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah".


Bersama dgn penceramah jemputan (tengah).


Johan tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan pada kali ini ialah Muhammad Anuar Ghazali, yang berasal daripada Machang. Amalan membaca Al-Quran setiap hari terutama selepas Subuh dan Zuhur, yang dilakukan semenjak remaja, menjadi antara faktor kejayaan. Sdr. Muhammad Anuar akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan.

Sementara itu, YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia berharap agar umat Islam tidak menjadikan sebagai warisan yang hanya dibungkus kemas untuk dipamerkan dalam almari atau untuk melariskan jualan serta memagari rumah dan sebagainya. Apa yang diharapkan ialah agar Al-Quran menjadi sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan selain berupaya menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak serta moral masyarakat.


Amin.



No comments:

Post a Comment