Wednesday, May 5, 2010

Solat Jumaat & Asar di Jajahan Machang


Tanggal 17 Rabiulakhir 1431H bersamaan dgn 2 April 2010, YMM Pemangku Raja telah mengampuni perkenan utk berangkat menunaikan solat Jumaat dan Asar di Jajahan Machang. Tuanku telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Raja, Kampung Pek, Machang. Masjid ini terletak ditepi Jalan Kuala Krai, bersebelahan dgn Balai Polis Kampung Pek.

Setiap kali Tuanku berangkat utk solat Jumaat dan Asar di setiap daerah, Tuanku mengampuni perkenan utk mengurniakan zakat kpd fakir miskin. Tuanku juga menziarahi keluarga-keluarga susah atau pesakit kronik utk dihulurkan bantuan.

Ambo paling suka bila Tuanku berangkat ke masjid-masjid apabila orang2 kampung serta bantuan drp MAIK, membersih masjid secara gotong royong. Masjid berkenaan akan jadi bersih dan sedap mata memandang. Sepatutnya J/kuasa masjid perlu ada inisiatif utk memastikan keadaan masjid sentiasa bersih. Maklumlah, masjid ini ialah rumah ibadah yg suci bagi umat Islam. Jadi kita musti menggambarkan kehidupan Islam secara total di masjid dr segi kebersihan, kesucian, kemakmuran dan sebagainya.

Jamuan utk rakyat juga akan dilakukan secara 'bekwoh'. Satu tradisi rakyat Kelate yg penuh ceria. Tok-tok imam pun suka kerana ada sesetengah masjid itu akan dapat karpet baru, cat baru dan lain-lain.


Banner keberangkatan Tuanku



Solat Jumaat di Masjid Mukim Raja



Pada waktu Asar, Tuanku telah berangkat menunaikan solat di Masjid Mukim Kaabah, Pangkal Meleret, Machang. Masjid ini dahulunya ialah sebuah surau tempat datuknya YB. Dr. Fadhli, Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan mengajar kitab dan al-quran kepada masyarakat setempat.

Selepas itu dinaiktarafkan kpd sebuah masjid utk kegunaan orang2 kampung. Kita seboleh-bolehnya menyimpan hasrat utk bersedekah yg pahalanya boleh mengalir kepada kita sampai bila-bila. Sebagai contoh, dengan derma utk membina masjid, surau, pusat tahfiz, pondok atau membina sendiri masjid2 dan surau2. Sedekah dalam bentuk ini, InsyaAllah akan berpanjangan. 3 perkara yg akan dibawa sampai ke kiamat i.e amalan semasa hidup, doa drp anak yg soleh dan sedekah amal jariah.




Selepas solat Asar, Tuanku telah menziarahi 2 pesakit kronik disekitar kampung tersebut. Dikesempatan ini Tuanku akan bertanya khabar, memberi nasihat dan motivasi serta bertitah kepada agensi2 kerajaan utk memberi pertolongan. Tuanku juga menghulurkan sumbangan peribadi kepada pesakit-pesakit ini.

Kadang-kadang ambo tengok orang-orang miskin atau pesakit-pesakit ini menangis dan terharu kerana kesudian Tuanku utk melawat mereka. Bantuan itu adalah satu bonus kepada mereka. Apa yg bernilai ialah Tuanku mencemar duli utk menziarah mereka. Satu penghormatan.


Didepan rumah pesakit kronik



Menanti keberangkatan pulang Tuanku



Senyum itu sedekah




Tahniah diucapkan kpd kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang terutama Tuan DO kerana menjayakan acara keberangkatan ini. Semoga anda dirahmati Allah s.w.t.

Sesungguhnya Tuanku dekat di hati rakyat.


'SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT'.

No comments:

Post a Comment