Pada bulan Mac 2010, di beberapa buah negeri termasuk Kelantan telah mengalami kemarau yang panjang dan menyebabkan paras sungai dan empangan menjadi surut dan tanah-tanah merekah. Jadi kerajaan negeri Kelantan tealh mengambil inisiatif utk mengadakan solat sunat Istisqa' pada 26 Rabiul Awal 1432H bersamaan dgn 12 Mac 2010, bertempat di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
Ketika Tok Guru Nik Abdul Aziz sedang mengimamkan solat sunat tu di rakaat pertama, tiba2 hujan turun dan membasahi ribuan yang hadir termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Tok Guru mengimamkan solat sunat Istisqa'.
Pada hari ni juga, YMM Pemangku Raja telah ampuni perkenan utk berangkat menunaikan solat Jumaat dan Asar di Jajahan Tumpat. YMM Pemangku Raja menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Somadi, Mukim Genting, Tumpat, Kelantan. Disamping itu, YMM Pemangku Raja juga mengampuni perkenan utk menyempurnakan pengurniaan bantuan kepada orang2 miskin dan bersalaman dgn para jemaah.
Dif2 jemputan serta penyambut menunggu keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja.
Hujan yang turun di pagi Jumaat ini telah menyejukkan suasana dan majlis berlangsung dgn tenangnya. Hujan rahmat..... Alhamdulillah.
Keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja
YMM Pemangku Raja sedang menunaikan solat Jumaat.
Selepas solat Jumaat, YMM Pemangku Raja berangkat berlepas ke kediaman rasmi Ketua Jajahan Tumpat utk Santapan Tengahari. Ambo dan rakan pun menjamu selera di perkarangan rumah Ketua Jajahan. Menu makan tengahari tu di meja ambo dan rakan2 sungguh 'jeliro' sekali. Dengan gulai lemak putih, ikan bakar tawar, ayam goreng rempah,ulam, budu serta dimakan dgn suasana dingin ditepi muara, amat membuka selera makan.
Makan tengahari bersama rakan2
Selepas itu, YMM Pemangku Raja berangkat berlepas ke Masjid As-Salam, Bendang Kerian, Tumpat utk menunaikan solat Asar berjemaah bersama rakyat.
YMM Pemangku Raja sedang menunaikan solat sunat Asar
Di majlis ini, YMM Pemangku Raja telah ampuni perkenan utk menyempurnakan pengurniaan bantuan kepada orang2 miskin serta berangkat melawat rumah2 orang miskin di sekitar masjid itu.
Keberangkatan Tuanku amat disenangi oleh rakyat jelata. Kebanyakkannya komen2 yg ambo dengar ialah mereka kagum dan teruja kerana Tuanku begitu perihatin serta cakna tentang masalah rakyat dan begitu mesra dengan rakyat.
DAULAT TUANKU.
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT.
No comments:
Post a Comment