Thursday, April 22, 2010

Kerenah anak bertadika

Anak ambo, Muhmmad Qari Imdad, 2 thn lebih, telah bersekolah di Tadika Si Kecil, Pasir Puteh, Kelantan. Sebenarnya ambo tidak berapa gemar untuk guna ayat 'bersekolah' ttp lebih suka guna ayat spt bermain, bergaul, pendedahan dsb. Ttp kena gunakan juga utk memudahkan pemahaman ayat. Ambo sebenarnya nak cari 'play school' di sekitar Pasir Puteh, tp tiada. Hanya di sekitar bandar Kota Bharu yang ada 'play school' ni.

Bila sebut 'bersekolah' kita akan terbayangkan formal education yang mana akan diajar alphabets, numberings etc. Ambo rasa utk anak-anak berumur kurang drp 3 tahun, tidak sesuai untuk diajar secara formal. Ada kemungkinan anak-anak akan 'burnout'.

Tetapi yg bagusnya, mengikut tenaga pengajar di tadika ini, pada peringkat umur begini, mereka hanya diajar untuk merangsangkan pancaindera. Biar anak-anak ini cepat bertindak dan berfikir. Cikgu2 ada mengatakan bahawa ada perbezaan tingkah laku jika anak-anak dpt pendedahan awal berbanding dgn mereka yg bertadika lewat.

Panjang sikit intro ambo tu....

Anak ambo ni, masa awal2 tahun ni, dia excited nak bersekolah. Mgkn krn dia tengok pakcik dan makcik2 dia yg sibuk dgn persiapan sekolah. Bila Mama dia beli beg, tiap2 hari pikul beg tu dan bagitau nak pergi sekolah. So akhir bulan Februari, kami daftar dia di Tadika Si Kecil ni. First week, dia ok aje. Masih lagi excited cuma malu2 bila cikgu nak tukar pampers dan kurang minum susu. Yang bestnya, bila dah sampai tadika tu, dia masih cakap nak pi sekolah. Dia cakap ini bukan sekolah, ini rumah. Ha ha ha...... budak2 sekarang!


Tersenyum girang semasa awal persekolahan.


Masuk je 2nd week onwards, dia dah start 'beronar'. Tak ni pi sekolah cos tak nak cikgu tukar pampers, mandi, buat susu dsb. Bila bagun pagi, mcm2 taktik yg dia buat - menangis, nak balik rumah nenek, nak tambat lembu dsb. Mama dia asyik pi lewat kerja krn melayan kerenah yang ntah apa-apa. Sobar je la...... Umpan terbaik utk dia pi sekolah is boleh main komputer. Tp bila tiba di tadika tu, then ada budak lain yg sedang main komputer, nangis lagi. So cikgu terpaksa bagi laluan pada anak ambo dulu. Komputer ada 6 biji, tp yg ok hanya 2 biji je. Terpaksa la berkongsi.....



Mimik muka yang terbaik




So a few weeks ago, ada cikgu baru yg dia panggil teacher Sarah. Kerana teacher Sarah ni, dia seronok kembali utk bersekolah. Alhamdulillah... tp ada lagi la keliatan tu, biasala... anak-anak. Mungkin dia serasi dgn teacher Sarah ni. Lately, umpan yang terbaik utk dia pi sekolah is bila petang nnt pi tgk kambing dan kuda serta naik motor.





Itulah rencah-rencah kehidupan. Kalu tak berdepan dgn pengalaman begini, mgkn hidup tak berwarna. Alhamdulillah......

No comments:

Post a Comment