Jalan-jalan tengok kambing
Ambo bersama anak dan isteri meluangkan sedikit masa bersama kambing-kambing di kandang baru. Kambing-kambing ambo kelihatan bertambah galak & sihat kerana ambo telah menjalankan kaedah ternakan secara semi intensif iaitu lepas ragut di waktu petang. Kos makanan utk pellet jadi rendah sedikit kerana kambing-kambing dapat makanan hijau yang secukupnya. Cuma tenaga tambahan diperlukan untuk mencerut rumput dan memotong daun-daun kayu sebagai makanan tambahan.
Kambing-kambing sedang meragut rumput
Memberi pellet sebagai sumber protein
Anak ambo mengambil peluang untuk berjinak dengan kambing
Giliran ambo pulok untuk menggosok kambing
Kemah demo loni....mano ladang demo ni? Nok belajar jugok lagu mano caro2 nok pero kambing lembu ni...
ReplyDeletehttp://jimmyhaziminhashim.blogspot.com