Thursday, April 22, 2010

Rombongan ke Negeri Sembilan

Sudah lama ambo tak update blog ni. Kebelakangan ini, sibuk sikit. Jadi kali ni, ambo nak berkongsi cerita bergambar dgn kalian tentang pengalaman ambo mengikuti rombongan keberangkatan YAM Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra ke Negeri Sembilan untuk Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati - Al Yunusi (D.K) kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 23 Mac 2010 di Istana Besar, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Ambo bersama En Mohamed (baju hijau) dan Tuan Saha (baju merah) di hadapan Istana Besar, Seri Menanti.




Mendengar penerangan daripada Pengelola Bijaya DiRaja Negeri Sembilan, En Faiz (baju hitam) di dalam 'holding room'. En Faiz merupakan anak Kelantan yang berkhidmat dgn Istana Negeri Sembilan. Bangga juga ambo krn anak Kelantan berada dimana-mana sahaja.



Gambar bersama En Azman (sebelah kiri) dan Lt. Kol Muhammad Ali (baju putih) dengan watikah dan pingat D.K. (Kelantan).



Majlis Santapan di dalam Dewan Santapan D'Raja. Rombongan kami di hidang dengan lauk-pauk tradisional Negeri Sembilan i.e gulai lemak kuning, ayam salai dsb. Semua masakan tersebut telah dikurangkan sedikit 'power' kepedasannya. Maklumlah, rombongan daripada Kelantan kurang makan pedas. Tetapi masakannya masih lagi sedap.



Satu perjalanan dan pengalaman yang berharga buat ambo untuk mengenali dan mengetahui adat-adat dan istiadat DiRaja Negeri Sembilan Darul Khusus.








No comments:

Post a Comment