Sunday, April 25, 2010

Kisah Ternak di Kebun

Pada mulanya ambo & partner memulakan penternakan ini di satu kawasan kebun seluas 8 ekar di Kampung Cheker, Wakaf Lichong, Pasir Puteh. Disini kami telah menternak pelbagai jenis haiwan spt kambing, lembu, itik, ayam kampong, ikan dsb. Tetapi tidak semua membuahkan hasil kerana masalah pengawasan dan kos makanan. Maklumlah ambo tak mampu nak jaga secara sepenuh masa. Jadi ambil beberapa pekerja tempatan utk mengawal selia ternakan tersebut. Tambahan pula, kebun ni bila musim tengkujuh, air mudah bertakung dan menjadi ‘tasik’. Pada musim ini juga, banyak ternakan mati kerana kesejukan, serangan penyakit dsb.



Kawasan kebun seluas 8 ekar. Pemandangan yg cantik.


Pelbagai cabaran dan dugaan yang ambo tempuh. Banyak masa dan wang dihabiskan untuk menjayakan penternakan ini. Bagi ambo yang pendapatan tak seberapa ni, terasa jugak la pengaliran wang keluar tu. Namun oleh kerana minat untuk jadi penternak berjaya, ambo berikhtiar jugak untuk menternak. Ambo rasa molek-molek fokus kepada membela kambing sahaja.


Kandang kambing.



Kambing-kambing yang dilepaskan di waktu petang.




Kuda-kuda milik partner ambo.



Lembu baka Brahma yang cuba dipelihara di kebun.



Itik yang dilepaskan ke dalam kolam.


Jadi ambo ambil keputusan untuk cari tempat yang baru – senang untuk urusan jual beli. Tempat baru ni mudah dihubungi dgn pelbagai kenderaan. Moga-moga tempat baru ni akan mendatangkan hasil. InsyaAllah.

Terima kasih kepada partner ambo kerana bekerjasama di kebun tu. Mungkin kami akan membuat perancangan yang lain di masa akan datang spt menjadi menjadi pengilang makanan ternakan yang halal, tempat pemprosesan daging-daging segar atau fillet ikan dsb. InsyaAllah.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Bak kata Dato' Dr. Harun Din, untuk berjaya kita memerlukan DUIT;

D = Doa, U = Usaha, I = Ikhtiar, T = Tawakal


No comments:

Post a Comment