Thursday, July 1, 2010

Solat Jumaat di Jajahan Pasir Puteh


Tanggal 5 Rejab 1431H bersamaan dengan 18 Jun 2010, YMM Pemangku Raja telah mencemar duli untuk berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Taqwa, Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh. Masjid ini teletak berdekatan dengan Balai Polis Cherang Ruku dan kedai maggi ketam. Ambo tak join sekali untuk solat Jumaat ni sebab ambo kena pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Di Kuala Lumpur, ambo solat Jumaat di Masjid Saidina Ali, Bangsar, tempat ambo dulu semasa kerja di Dataran Maybank. Ramai jugak la jumpa dengan kawan-kawan lama. Tapi tak sempat makan nasi beriani kambing kerana sudah habis dijual.


Banner alu-aluan keberangkatan YMM Pemangku Raja



Keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



Rakyat jelata menyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja dalam dewan solat



Selepas solat Jumaat, seperti kebiasaan Tuanku mengampuni perkenan untuk mengurniakan bantuan zakat kepada 100 orang-orang miskin disekitar mukim tersebut. Selepas itu, Tuanku berangkat ke rumah kediaman rasmi DO di bandar Pasir Puteh untuk santap tengahari.


Rakyat jelata tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan YMM Pemangku Raja setelah selesai solat Jumaat



Setelah selesai majlis santapan tengahari, Tuanku telah berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. Apa yang menarikya, kadang-kadang Tuanku akan pandu sendiri kenderaan untuk ke Kuala Lumpur. Bodyguard dan polis pengiring serta pengiring-pengiring yang lain akan menaiki kenderaan yang berlainan dan mereka ini akan ikut rapat dengan kenderaan Tuanku. Itulah diantara keunikan Tuanku.


Raja yang Adil, Raja yang Disembah.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT




No comments:

Post a Comment