Wednesday, June 30, 2010

Majlis Pengadapan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak


Tanggal 3 Rejab 1431H bersamaan dengan 16 Jun 2010, YMM Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk menerima pengadapan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di Istana Negeri, Kubang Kerian. Jadi untuk pertama kalinya ambo dapat berjumpa secara dekat dengan YAB Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri telah datang ke Kelantan sempena lawatan kerja sehari. Beliau ada beberapa acara seperti perasmian Ar-Rahn di Bank Islam Kota Bharu, program Juara Rakyat di Tumpat dan sebagainya. Semasa majlis pengadapan, beliau telah diiringi oleh YB Dato' Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Sesi beramah-mesra dengan pegawai2 istana semasa meyambut ketibaan YAB Perdana Menteri



Bersalaman dengan YAB Perdana Menteri. Beliau memberi salam kepada setiap jemaah penyambut.



YAB Perdana Menteri menuju ke bilik pengadapan di Istana Negeri.



YAB Perdana Menteri menurunkan tandatangan di atas buku Pelawat D'Raja.



Semasa Tuanku dan YAB Perdana Menteri berbual dan berbicara, puok-puok ambo ni menjamu selera dengan masakan D'Raja. Antaranya puding pisang D'Raja, murtabak Raja, roti jala dan nekbat. Salah seorang pegawai pengiring (ADC) YAB PM makan bersama kami. Dia try makan nekbat yang memang terkenal dengan manisnya. Tengok dia macam susah sikit nak telan kuih tu disebabkan kemanisannya. Tapi dia cakap sedap, tak pernah makan ditempat lain pun. Begitu juga dengan puding pisang D'raja.

Majlis pengadapan ini mengambil masa lebih kurang sejam. Semuanya berjalan dengan lancar dan penuh harmoni. Alhamdulillah, segalanya berencana dengan sempurna.


Raja yang Adil, Raja yang Disembah.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

No comments:

Post a Comment