Sunday, July 11, 2010

A Weekend With...


Hari Jumaat yg lepas, 9 Julai 2010, pada sebelah pagi ambo ada program sembelih lembu di Masjid Mukim Banggol Setol, Pasir Puteh. Sebanyak 5 ekor lembu kurniaan YMM Pemangku Raja telah disembelih untuk diagih-agihkan kepada orang kampung disekitar masjid tersebut.

Disebelah petang, ambo pergi ke Tok Bali di D'Bali Resort untuk makan nasi arab kambing. Sedap... Owner D'Bali Resort buat jamuan ini sempena kehadiran keluarga nya daripada Jeddah, Syed Ahmad bersama familinya. Syed Ahmad ni boleh berbahasa Indonesia. So senang berbicara.


Bersama Ali Kanis (baju merah), Hussin Kanis (baju hitam) dan Nur Kanis dengan ATV yg baru dibeli. Sesuai untuk ronda-ronda disekitar resort tersebut.



Hassan Kanis mem'parking' kuda, Harry Porter utk makan rumput karpet. Dia royak rumput ni sudah panjang, jadi kena bui ko kuda jugak. Ha3......



Pada keesokkan harinya, Sabtu, 10 Julai 2010, En Yusoff Kanis & En Syed Abdullah telah membawa kuda2nya ke Kg Muka Bukit, Machang utk 'endurance training' di kawasan berbukit. Selama ini, mereka training di tepi sungai dan kawasan berpasir. Jadi sekali sekala ubah training ground. Good for their horses...

Jam 10.45am, team endurance diaorang pun sampai la ke tempat tersebut. Ambo bawa anak bersama, untuk menumpang puok2 dia. Tapi, tiba-tiba.... trit, trit....incoming sms... "Dato' PID nak jumpa Tuan2, jam 1.30 tgh di Hotel Renaisance. Tuan2 dipohon hadir"......

Alahai... terkesima sekejap. Ingat nak dapatkan pengalaman baru, tp sudah kena *kuraaaeee...... Kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan. Sesuatu yg berlaku itu ada hikmahnya.



Kuda2 milik team D'Bali Stable sedang diturunkan. Hok pakai baju putih tu, Sdr. Afiq ialah trainer kuda yg terbaik, yang diimport drp Hadrawmawt, Yamen......



Sdr. Afiq dengan kuda arab, Kayta. Bukan setakat trainer yg baka arab, tp kudanya pun baka arab jugak. Hebat, hebat....




Imdad dan Hassan Kanis menaiki mini ATV. Hassan Kanis dah siap bersedia dgn 'jersey' kuda nya, tapi sempat bawa round2 my son dgn ATV. TQ to Hassan.




Sedang 'memakai' kuda




Nur Kanis bersama Falah. Hassan Kanis bersama Redzo.. (tak tahu la betui ko dok ejaan tu)



Syed Abdullah sedang menyiapkan kudanya




Imdad & Syarifah Alya




Syed Wafi bersiap sedia utk menunggang kudanya


Mengikut kebiasaanya, track ini memakan masa dalam hampir 2 jam utk round bukit ni. Track ini juga dijadikan sebagai track 4x4 kepada peminat2 di sekitar Kelantan. Memandangkan masa tidak mengizinkan krn ada meeting di Kota Bharu, maka ambo pun angkat kaki dengan perasaan berbelah bagi untuk meninggalkan pengembaraan tersebut. Huhuhu....

InsyaAllah, akan bersama di lain pengembaraan.



*kuraaee = tercalar = terganggu

Thursday, July 1, 2010

Meyambut Keberangkatan Tiba di LTSIP, Kota Bharu



YMM Pemangku Raja telah berangkat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke 221 di Istana Negara. Tuanku berangkat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 14 Rejab 1431H bersamaan dengan 27 Jun 2010, pukul 4.20 ptg. Ramai VVIP dan VIP negeri yang hadir untuk menyambut Tuanku di lapangan terbang ini.


Keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja dengan menaiki jet milik Kerajaan Malaysia.


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 221 itu. Ser Paduka diiringi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Mesyuarat dihadiri kesemua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Kelantan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan ISmail Petra, dan Terengganu oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud. Mesyuarat dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail.


Menunggu keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



Mungkin disebabkan enjin jet terlalu kuat, YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia menutup telinga



Bacaan doa bagi menyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja yang dibacakan oleh YB. SF Dato' Timbalan Mufti Negeri Kelantan



Bersama dif-dif mengaminkan doa selamat


Tuanku akan berada di Kelantan dalam 2 - 3 hari sebelum berangkat berlepas ke Afrika Selatan untuk menonton World Cup 2010. Mungkin Tuanku sempat untuk menonton perlawan suku akhir dan seterusnya. Semoga selamat.


Raja yang Adil, Raja yang Disembah.


SEMOGA ALLAH LINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT



Solat Jumaat di Jajahan Pasir Puteh


Tanggal 5 Rejab 1431H bersamaan dengan 18 Jun 2010, YMM Pemangku Raja telah mencemar duli untuk berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Taqwa, Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh. Masjid ini teletak berdekatan dengan Balai Polis Cherang Ruku dan kedai maggi ketam. Ambo tak join sekali untuk solat Jumaat ni sebab ambo kena pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Di Kuala Lumpur, ambo solat Jumaat di Masjid Saidina Ali, Bangsar, tempat ambo dulu semasa kerja di Dataran Maybank. Ramai jugak la jumpa dengan kawan-kawan lama. Tapi tak sempat makan nasi beriani kambing kerana sudah habis dijual.


Banner alu-aluan keberangkatan YMM Pemangku Raja



Keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



Rakyat jelata menyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja dalam dewan solat



Selepas solat Jumaat, seperti kebiasaan Tuanku mengampuni perkenan untuk mengurniakan bantuan zakat kepada 100 orang-orang miskin disekitar mukim tersebut. Selepas itu, Tuanku berangkat ke rumah kediaman rasmi DO di bandar Pasir Puteh untuk santap tengahari.


Rakyat jelata tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan YMM Pemangku Raja setelah selesai solat Jumaat



Setelah selesai majlis santapan tengahari, Tuanku telah berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. Apa yang menarikya, kadang-kadang Tuanku akan pandu sendiri kenderaan untuk ke Kuala Lumpur. Bodyguard dan polis pengiring serta pengiring-pengiring yang lain akan menaiki kenderaan yang berlainan dan mereka ini akan ikut rapat dengan kenderaan Tuanku. Itulah diantara keunikan Tuanku.


Raja yang Adil, Raja yang Disembah.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT




Wednesday, June 30, 2010

Majlis Pengadapan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak


Tanggal 3 Rejab 1431H bersamaan dengan 16 Jun 2010, YMM Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk menerima pengadapan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di Istana Negeri, Kubang Kerian. Jadi untuk pertama kalinya ambo dapat berjumpa secara dekat dengan YAB Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri telah datang ke Kelantan sempena lawatan kerja sehari. Beliau ada beberapa acara seperti perasmian Ar-Rahn di Bank Islam Kota Bharu, program Juara Rakyat di Tumpat dan sebagainya. Semasa majlis pengadapan, beliau telah diiringi oleh YB Dato' Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Sesi beramah-mesra dengan pegawai2 istana semasa meyambut ketibaan YAB Perdana Menteri



Bersalaman dengan YAB Perdana Menteri. Beliau memberi salam kepada setiap jemaah penyambut.



YAB Perdana Menteri menuju ke bilik pengadapan di Istana Negeri.



YAB Perdana Menteri menurunkan tandatangan di atas buku Pelawat D'Raja.



Semasa Tuanku dan YAB Perdana Menteri berbual dan berbicara, puok-puok ambo ni menjamu selera dengan masakan D'Raja. Antaranya puding pisang D'Raja, murtabak Raja, roti jala dan nekbat. Salah seorang pegawai pengiring (ADC) YAB PM makan bersama kami. Dia try makan nekbat yang memang terkenal dengan manisnya. Tengok dia macam susah sikit nak telan kuih tu disebabkan kemanisannya. Tapi dia cakap sedap, tak pernah makan ditempat lain pun. Begitu juga dengan puding pisang D'raja.

Majlis pengadapan ini mengambil masa lebih kurang sejam. Semuanya berjalan dengan lancar dan penuh harmoni. Alhamdulillah, segalanya berencana dengan sempurna.


Raja yang Adil, Raja yang Disembah.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

Something Happened...

Dalam bulan Jun 2010, ada 2 program yang membabitkan penglibatan Kerajaan Persekutuan sebagai penganjur bersama atau kerjasama dengan Kerajaan Negeri. 2 program ini juga telah mendapat ampuni perkenan YMM Pemangku Raja untuk berangkat. 2 program tersebut ialah;

1. Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan kali ke 38 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Tahun 2010/1431H pada 13 jun 2010 di Kampus Kesihatan Hospital USM, Kubang Kerian.
  • Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian dan Kerajaan Negeri bertindak sebagai Pengerusi bersama dengan JKMM.
  • Mesyuarat penyelerasan majlis ini telah diadakan beberapa kali semenjak Mac 2010dan wakil daripada pihak JKMM yang beribu pejabat di Putrajaya telah hadir.
  • Setelah semua program diatur dan berjalan lancar oleh pihak JKM Negeri Kelantan, tiba-tiba wakil daripada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin menangguhkan majlis ini dengan pelbagai alasan. Mengikut sumber, arahan ini dikeluarkan oleh YB Menteri berkenaan.
  • Pihak JKM Negeri Kelantan telah menghantar surat memohon maaf kehadapan YMM Pemangku Raja dan kepada Dato' Seri Setia Raja kerana menangguhkan majlis ini.


2. Majlis Perasmian Kelantan Fiesta 2010 pada 16 Jun 2010 di Stadium Sultan Mohammad IV.
  • YMM Pemangku Raja telah membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis ini disebabkan masalah-masalah yang tertentu.
  • Ada hikmah disebalik yang berlaku pada hari tersebut iaitu pada malam perasmian, hujan turun sangat lebat dan berlakunya 'blackout' di stadium yang menyebabkan Dato' Seri Mustapha Mohamad berucap merasmikan dengan menggunakan pembesar suara.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut, kalian boleh rujuk kepada http://kelantaninsider.blogspot.com
  • Wallahuallam....


Raja yang Adil, Raja yang Disembah


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT


Solat Jumaat di Jajahan Pasir Mas


YMM Pemangku Raja telah mengampuni perkenan untuk berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Siram, Alor Pasir, Pasir Mas pada 21 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 4 Jun 2010.



Ambo dok ingatkan masjid ini terletak di Kg Alor Pasir, Tanah Merah. Memandangkan ambo ini daripada Pasir Puteh, jadi ambo ambik jalan Pasir Puteh - Machang - Tanah Merah dan lalu ikut jalan Padang Siam utk pergi ko Alor Pasir tu. Cari punya cari, tak jumpo jugak dgn masjid tersebut. Masjid-masjid lain hok sekitar tu banyak la, tp tiada tanda sambutan keberangkatan Tuanku ni.

Ambo pun telefon la sahabat ambo dan dia royak yang masjid ini berada di Jajahan Pasir Mas, jalan lama menuju ke Rantau Panjang. Berdekatan dengan Kg Pohon Tanjung. Maka dengan lorat nya, ambo pergi la ke masjid tersebut. Akhirnya setelah dua tiga kali telefon sahabat ambo tu, jumpo la masjid tu. Nasib baik la Tuanku tidak berangkat tiba lagi.


Meyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



Semasa menunaikan solat Jumaat



Menziarah Tok Guru Pondok Siram (sebelah kiri)


Selepas selesai solat Jumaat, Tuanku mengampuni berkenan untuk mengurniakan bantuan zakat kepada orang-orang miskin disekitar kampung tersebut. Tuanku juga meluangkan masa untuk menziarah Tok Guru Pondok Siram tu yang tinggal bersebelahan dengan masjid tersebut.


Raja yang adil, Raja yang disembah.


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT


Tuesday, June 29, 2010

Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2010



YMM Pemangku Raja Kelantan telah mencemar duli untuk berangkat ke Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Kali ke 53 Tahun 1431H / 2010M. Majlis ini diadakan di Dewan Besar, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu pada 20 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 3 Jun 2010.


Banner alu-aluan keberangkatan YMM Pemangku Raja



Semasa lagu 'Selamat Sultan' dimainkan


Pada majlis ini, sebelum pengurniaan hadiah, pihak penganjur telah menjemput YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal bin Hassan untuk menyampaikan ceramah perdana yang bertajuk "Al-Quran: Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah".


Bersama dgn penceramah jemputan (tengah).


Johan tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan pada kali ini ialah Muhammad Anuar Ghazali, yang berasal daripada Machang. Amalan membaca Al-Quran setiap hari terutama selepas Subuh dan Zuhur, yang dilakukan semenjak remaja, menjadi antara faktor kejayaan. Sdr. Muhammad Anuar akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan.

Sementara itu, YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia berharap agar umat Islam tidak menjadikan sebagai warisan yang hanya dibungkus kemas untuk dipamerkan dalam almari atau untuk melariskan jualan serta memagari rumah dan sebagainya. Apa yang diharapkan ialah agar Al-Quran menjadi sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan selain berupaya menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak serta moral masyarakat.


Amin.