Wednesday, June 30, 2010

Majlis Pengadapan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak


Tanggal 3 Rejab 1431H bersamaan dengan 16 Jun 2010, YMM Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk menerima pengadapan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di Istana Negeri, Kubang Kerian. Jadi untuk pertama kalinya ambo dapat berjumpa secara dekat dengan YAB Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri telah datang ke Kelantan sempena lawatan kerja sehari. Beliau ada beberapa acara seperti perasmian Ar-Rahn di Bank Islam Kota Bharu, program Juara Rakyat di Tumpat dan sebagainya. Semasa majlis pengadapan, beliau telah diiringi oleh YB Dato' Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Sesi beramah-mesra dengan pegawai2 istana semasa meyambut ketibaan YAB Perdana Menteri



Bersalaman dengan YAB Perdana Menteri. Beliau memberi salam kepada setiap jemaah penyambut.



YAB Perdana Menteri menuju ke bilik pengadapan di Istana Negeri.



YAB Perdana Menteri menurunkan tandatangan di atas buku Pelawat D'Raja.



Semasa Tuanku dan YAB Perdana Menteri berbual dan berbicara, puok-puok ambo ni menjamu selera dengan masakan D'Raja. Antaranya puding pisang D'Raja, murtabak Raja, roti jala dan nekbat. Salah seorang pegawai pengiring (ADC) YAB PM makan bersama kami. Dia try makan nekbat yang memang terkenal dengan manisnya. Tengok dia macam susah sikit nak telan kuih tu disebabkan kemanisannya. Tapi dia cakap sedap, tak pernah makan ditempat lain pun. Begitu juga dengan puding pisang D'raja.

Majlis pengadapan ini mengambil masa lebih kurang sejam. Semuanya berjalan dengan lancar dan penuh harmoni. Alhamdulillah, segalanya berencana dengan sempurna.


Raja yang Adil, Raja yang Disembah.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

Something Happened...

Dalam bulan Jun 2010, ada 2 program yang membabitkan penglibatan Kerajaan Persekutuan sebagai penganjur bersama atau kerjasama dengan Kerajaan Negeri. 2 program ini juga telah mendapat ampuni perkenan YMM Pemangku Raja untuk berangkat. 2 program tersebut ialah;

1. Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan kali ke 38 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Tahun 2010/1431H pada 13 jun 2010 di Kampus Kesihatan Hospital USM, Kubang Kerian.
  • Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian dan Kerajaan Negeri bertindak sebagai Pengerusi bersama dengan JKMM.
  • Mesyuarat penyelerasan majlis ini telah diadakan beberapa kali semenjak Mac 2010dan wakil daripada pihak JKMM yang beribu pejabat di Putrajaya telah hadir.
  • Setelah semua program diatur dan berjalan lancar oleh pihak JKM Negeri Kelantan, tiba-tiba wakil daripada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin menangguhkan majlis ini dengan pelbagai alasan. Mengikut sumber, arahan ini dikeluarkan oleh YB Menteri berkenaan.
  • Pihak JKM Negeri Kelantan telah menghantar surat memohon maaf kehadapan YMM Pemangku Raja dan kepada Dato' Seri Setia Raja kerana menangguhkan majlis ini.


2. Majlis Perasmian Kelantan Fiesta 2010 pada 16 Jun 2010 di Stadium Sultan Mohammad IV.
  • YMM Pemangku Raja telah membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis ini disebabkan masalah-masalah yang tertentu.
  • Ada hikmah disebalik yang berlaku pada hari tersebut iaitu pada malam perasmian, hujan turun sangat lebat dan berlakunya 'blackout' di stadium yang menyebabkan Dato' Seri Mustapha Mohamad berucap merasmikan dengan menggunakan pembesar suara.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut, kalian boleh rujuk kepada http://kelantaninsider.blogspot.com
  • Wallahuallam....


Raja yang Adil, Raja yang Disembah


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT


Solat Jumaat di Jajahan Pasir Mas


YMM Pemangku Raja telah mengampuni perkenan untuk berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Siram, Alor Pasir, Pasir Mas pada 21 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 4 Jun 2010.



Ambo dok ingatkan masjid ini terletak di Kg Alor Pasir, Tanah Merah. Memandangkan ambo ini daripada Pasir Puteh, jadi ambo ambik jalan Pasir Puteh - Machang - Tanah Merah dan lalu ikut jalan Padang Siam utk pergi ko Alor Pasir tu. Cari punya cari, tak jumpo jugak dgn masjid tersebut. Masjid-masjid lain hok sekitar tu banyak la, tp tiada tanda sambutan keberangkatan Tuanku ni.

Ambo pun telefon la sahabat ambo dan dia royak yang masjid ini berada di Jajahan Pasir Mas, jalan lama menuju ke Rantau Panjang. Berdekatan dengan Kg Pohon Tanjung. Maka dengan lorat nya, ambo pergi la ke masjid tersebut. Akhirnya setelah dua tiga kali telefon sahabat ambo tu, jumpo la masjid tu. Nasib baik la Tuanku tidak berangkat tiba lagi.


Meyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



Semasa menunaikan solat Jumaat



Menziarah Tok Guru Pondok Siram (sebelah kiri)


Selepas selesai solat Jumaat, Tuanku mengampuni berkenan untuk mengurniakan bantuan zakat kepada orang-orang miskin disekitar kampung tersebut. Tuanku juga meluangkan masa untuk menziarah Tok Guru Pondok Siram tu yang tinggal bersebelahan dengan masjid tersebut.


Raja yang adil, Raja yang disembah.


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT


Tuesday, June 29, 2010

Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2010



YMM Pemangku Raja Kelantan telah mencemar duli untuk berangkat ke Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Kali ke 53 Tahun 1431H / 2010M. Majlis ini diadakan di Dewan Besar, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu pada 20 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 3 Jun 2010.


Banner alu-aluan keberangkatan YMM Pemangku Raja



Semasa lagu 'Selamat Sultan' dimainkan


Pada majlis ini, sebelum pengurniaan hadiah, pihak penganjur telah menjemput YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal bin Hassan untuk menyampaikan ceramah perdana yang bertajuk "Al-Quran: Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah".


Bersama dgn penceramah jemputan (tengah).


Johan tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan pada kali ini ialah Muhammad Anuar Ghazali, yang berasal daripada Machang. Amalan membaca Al-Quran setiap hari terutama selepas Subuh dan Zuhur, yang dilakukan semenjak remaja, menjadi antara faktor kejayaan. Sdr. Muhammad Anuar akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan.

Sementara itu, YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia berharap agar umat Islam tidak menjadikan sebagai warisan yang hanya dibungkus kemas untuk dipamerkan dalam almari atau untuk melariskan jualan serta memagari rumah dan sebagainya. Apa yang diharapkan ialah agar Al-Quran menjadi sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan selain berupaya menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak serta moral masyarakat.


Amin.



Majlis Pengurniaan Tengku Panglima Raja



Salam utk semua.

Sudah lama tak update blog ni memandangkan masa tak mengizinkan. Sekarang ni ketika ada masa dan idea, ambo nak share a few moments with all my frens.

Actually, this month around, June 2010, a lot of activities involving YMM Pemangku Raja. One of this was Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri Kelantan tahun 2010 yang membawa gelaran Tengku Panglima Raja kepada YBM Dato' Tengku Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz. Majlis ini berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian pada 19 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 2 Jun 2010.

Ramai tetamu VVIP negeri yang hadir. Diantaranya YBM Tengku Laksamana Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia, YAB Dato' Timb. Menteri Besar, YAB Dato' Speaker, YB Dato' Seri Setia Raja dan lain-lain. Walaupun majlis ini dijalankan secara tertutup, namun ketelitian dan kelancaran perjalanan majlis ini amat dititikberatkan.


Bergambar kenangan di hadapan Bilik Biru, Istana Negeri.



Menyambut ketibaan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia


Kurniaan tersebut sebagai penghargaan kepada YBM Dato' Tengku Mohamad Rizam selaku salah seorang Ahli Majlis Perajaan Negeri yang banyak berjasa kepada institusi kesultanan dan rakyat Kelantan. Beliau adalah anakanda sulung kepada Tengku Sri Utama Raja, YBM Dato' Tengku Abdul Aziz Bin Tengku Hamzah dan juga cucunda sulung Almarhum Sultan Yahya Petra. Beliau kini bertugas sebagai pegawai kanan di salah sebuah bank tempatan di Kuala Lumpur.



Raja yang adil, Raja yang disembah.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

Monday, June 14, 2010

Nasihat Luqman Al-Hakim (2)

Sambungan drp post yg terdahulu....

3. Luqman Al-Hakim menyarankan agar puteranya memiliki sifat ramah kerana ramah adalah pangkal hikmah.

4. Nasihat Luqman ttg benih kebaikan - Apa yang kamu tanam, pasti kamu akan mendapat hasilnya.

5. Nasihat Luqman ttg teman - Cintailah temanmu dan teman bapamu.

Semoga nasihat ini menjadi panduan kepada ambo dan rakan-rakan sekalian. InsyaAllah.

(akan bersambung ke post seterusnya)