Tuesday, May 25, 2010

Solat Jumaat & Asar di Jajahan Gua Musang


Tanggal 1 Jamadilawal 1431H, bersamaan dgn 16 April 2010, YMM Pemangku Raja telah mencemar duli untuk berangkat solat Jumaat dan Asar di Jajahan Gua Musang. Baginda telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Chiku 1, Gua Musang, Kelantan.


Penduduk gugusan Chiku 1 memenuhi ruangan di masjid



Keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



Para jemaah menyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



YMM Pemangku Raja dan para jemaah menunaikan solat Jumaat



YMM Pemangku Raja sedang khusyuk mengaminkan doa



Bersama para jemaah


Selepas solat Jumaat, Baginda telah mengampuni perkenan utk mengurniakan zakat kepada 100 orang miskin di sekitar gugusan Chiku 1 ini.



Majlis Santapan Tengahari

Pada kebiasaannya, majlis santapan tengahari akan diadakan di kediaman rasmi Tuan DO. Tetapi pada hari ini, Baginda telah bertitah utk santap bersama rakyat di kawasan balai raya Chiku 1. Baginda juga telah mengampuni berkenan utk duduk bersila ketika santap tengahari itu. Satu kelainan yg ditunjukkan oleh Baginda.


YMM Pemangku Raja berangkat meninggalkan majlis di Chiku 1



Selepas majlis di Chiku 1, Baginda telah berangkat berlepas ke Istana Persinggahan Gua Musang untuk beristirehat sambil menunggu masuk waktu Asar. Pada waktu Asar, Baginda telah mencemar duli utk menunaikan solat Asar di Masjid Razaleigh, Bandar Lama Gua Musang, Kelantan.


Masjid Razaleigh


Selepas solat Asar, Baginda telah mengampuni berkenan utk mengurniakan zakat kepada 50 orang fakir miskin di sekitar Bandar Lama Gua Musang. Baginda juga telah menziarah 1 keluarga yg kurang bernasib baik di sekitar masjid tersebut.


Menunggu keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja di hadapan rumah keluarga tersebut



YMM Pemangku Raja berjalan kaus drp masjid ke rumah keluarga tersebut



YMM Pemangku Raja di rumah keluarga tersebut


Keluarga ini mempunyai seorang anak yg mempunyai masalah kecacatan saraf. Mungkin disebabkan oleh demam panas yg teruk.

Seterusnya, Baginda berangkat berlepas ke Kampung Kerinting, Gua Musang utk menziarah 1 keluarga miskin lagi. Keluarga ini hanya mempunyai 2 beranak sahaja iaitu anak dan emak. Remaja ini telah menghidapi kanser tulang yg menyebabkan tangan kirinya telah dipotong. Manakala emaknya buta sebelah mata.

Sebelum ini, remaja berkenaan merupakan pencari rezeki - 'bread winner' utk keluarganya. Tetapi sekarang tugas mencari rezeki terpaksa di kongsi bersama ibunya.

Untuk kedua-dua keluarga tersebut, Baginda telah bertitah supaya agensi-agensi kerajaan spt Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang (PTJGM) dan sebagainya supaya memberi pertolongan yang sewajarnya. Di samping itu Baginda juga telah mengurniakan bantuan peribadi kepada keluarga-keluarga itu.


YMM Pemangku Raja bersama keluarga miskin di Kg Kerinting, Gua Musang


Tiada apa yg menggembirakan keluarga tersebut selain mendapat kunjungan Baginda. Keperihatinan Baginda menjadi satu petunjuk aras - 'benchmark' kpd agensi-agensi kerajaan ataupun individu-individu yg lain utk membantu orang-orang susah tanpa mengenal sempadan.

Raja yang adil, Raja yang disembah.


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT.

No comments:

Post a Comment