Thursday, May 27, 2010

Majlis Graduasi 2010


Pada 20 Jamadilawal 1431H bersamaan dgn 5 Mei 2010, YMM Pemangku Raja telah mencemar duli utk berangkat ke Majlis Graduasi 2010 di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Baginda juga telah ampuni berkenan utk menganugerahkan sijil-sijil kecemerlangan bagi pelajar-pelajar SPM & PMR.

Menurut maklumat yg diperolehi drp pihak sekolah, salah seorang pelajar SPM tersebut, iaitu adik Nur Syuhadah Bt Muhammad telah mendapat tempat ke 7 terbaik SPM peringkat kebangsaan. Syabas.



Para dif-dif jemputan menunggu keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



Keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja




Perarakan masuk ke dewan sekolah


Di majlis ini, pihak sekolah telah mengadakan perarakan membawa 'cokmar' konvokesyen sambil mengiringi YMM Pemangku Raja berangkat masuk ke dewan utama sekolah. Ala-ala konvokesyen di universiti gitu.

Disamping pelajar-pelajar menerima anugerah, pihak sekolah juga telah memberi penghargaan kepada guru-guru yang cemerlang, gemilang dan panitia cemerlang. Diatas kesungguhan, komitmen dan dedikasi mereka maka dapat melahirkan seorang pelajar yg cemerlang.


Barisan guru-guru yang menerima anugerah


Sambil-sambil YMM Pemangku Raja menganugerahkan sijil-sijil tersebut, sekumpulan pelajar telah mengalunkan muzik tradisional utk halwa telinga. Mereka berbakat dan merupakan pelapis generasi pemuzik tradisional.


Pemuzik-pemuzik tradisional


Selepas acara itu, YMM Pemangku telah ampuni berkenan utk berangkat ke Bilik Rehat D'Raja utk membuka jubah graduasi serta beristirehat sebelum majlis santapan tengahari. Bilik pengetua sekolah tersebut telah dijadikan Bilik Rehat D'Raja. Didalam bilik tersebut terdapat satte, coffee table, karpet bidang, meja pengetua dan peralatan pejabat pengetua.

Pada masa itu, waktu solat Zohor telah masuk. Tiba-tiba, YMM Pemangku Raja telah bertitah utk solat Zohor berjemaah dlm Bilik Rehat tersebut. Tanpa ada sebarang persediaan, pihak terbabit hanya alihkan satte dan hamparkan sejadah diatas karpet bidang.

Di majlis ini, Dato' Mufti Kelantan dan Dato' PTG ialah pengiring kepada YMM Pemangku Raja. Oleh itu, mereka turut bersolat jemaah dan diturut serta oleh Pengetua. Lain-lain dif menunggu di Bilik Santap D'Raja.

Ambo sebagai pacal rakyat sungguh rasa berbangga apabila seorang ketua negeri merangkap ketua agama bagi negeri Kelantan, iaitu YMM Pemangku Raja telah menunjukkan contoh yang terbaik. Baginda mendahulukan solat daripada perkara-perkara duniawi yang lain. Baginda melunaskan tangunggungjawab yg wajib kepada Allah s.w.t dahului daripada urusan duniawi. Baginda memandang begitu penting terhadap urusan ukhrawi. SubahanaAllah....


Raja yang adil, Raja yang disembah.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

Tuesday, May 25, 2010

Solat Jumaat & Asar di Jajahan Gua Musang


Tanggal 1 Jamadilawal 1431H, bersamaan dgn 16 April 2010, YMM Pemangku Raja telah mencemar duli untuk berangkat solat Jumaat dan Asar di Jajahan Gua Musang. Baginda telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Chiku 1, Gua Musang, Kelantan.


Penduduk gugusan Chiku 1 memenuhi ruangan di masjid



Keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



Para jemaah menyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja



YMM Pemangku Raja dan para jemaah menunaikan solat Jumaat



YMM Pemangku Raja sedang khusyuk mengaminkan doa



Bersama para jemaah


Selepas solat Jumaat, Baginda telah mengampuni perkenan utk mengurniakan zakat kepada 100 orang miskin di sekitar gugusan Chiku 1 ini.



Majlis Santapan Tengahari

Pada kebiasaannya, majlis santapan tengahari akan diadakan di kediaman rasmi Tuan DO. Tetapi pada hari ini, Baginda telah bertitah utk santap bersama rakyat di kawasan balai raya Chiku 1. Baginda juga telah mengampuni berkenan utk duduk bersila ketika santap tengahari itu. Satu kelainan yg ditunjukkan oleh Baginda.


YMM Pemangku Raja berangkat meninggalkan majlis di Chiku 1



Selepas majlis di Chiku 1, Baginda telah berangkat berlepas ke Istana Persinggahan Gua Musang untuk beristirehat sambil menunggu masuk waktu Asar. Pada waktu Asar, Baginda telah mencemar duli utk menunaikan solat Asar di Masjid Razaleigh, Bandar Lama Gua Musang, Kelantan.


Masjid Razaleigh


Selepas solat Asar, Baginda telah mengampuni berkenan utk mengurniakan zakat kepada 50 orang fakir miskin di sekitar Bandar Lama Gua Musang. Baginda juga telah menziarah 1 keluarga yg kurang bernasib baik di sekitar masjid tersebut.


Menunggu keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja di hadapan rumah keluarga tersebut



YMM Pemangku Raja berjalan kaus drp masjid ke rumah keluarga tersebut



YMM Pemangku Raja di rumah keluarga tersebut


Keluarga ini mempunyai seorang anak yg mempunyai masalah kecacatan saraf. Mungkin disebabkan oleh demam panas yg teruk.

Seterusnya, Baginda berangkat berlepas ke Kampung Kerinting, Gua Musang utk menziarah 1 keluarga miskin lagi. Keluarga ini hanya mempunyai 2 beranak sahaja iaitu anak dan emak. Remaja ini telah menghidapi kanser tulang yg menyebabkan tangan kirinya telah dipotong. Manakala emaknya buta sebelah mata.

Sebelum ini, remaja berkenaan merupakan pencari rezeki - 'bread winner' utk keluarganya. Tetapi sekarang tugas mencari rezeki terpaksa di kongsi bersama ibunya.

Untuk kedua-dua keluarga tersebut, Baginda telah bertitah supaya agensi-agensi kerajaan spt Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang (PTJGM) dan sebagainya supaya memberi pertolongan yang sewajarnya. Di samping itu Baginda juga telah mengurniakan bantuan peribadi kepada keluarga-keluarga itu.


YMM Pemangku Raja bersama keluarga miskin di Kg Kerinting, Gua Musang


Tiada apa yg menggembirakan keluarga tersebut selain mendapat kunjungan Baginda. Keperihatinan Baginda menjadi satu petunjuk aras - 'benchmark' kpd agensi-agensi kerajaan ataupun individu-individu yg lain utk membantu orang-orang susah tanpa mengenal sempadan.

Raja yang adil, Raja yang disembah.


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT.

Thursday, May 20, 2010

Nasihat Luqman Al-Hakim (1)





Antara nasihat-nasihat Luqman Al-Hakim kepada puteranya;

1. Jauhilah sifat tamak dan rakus. Sesungguhnya sifat berkenaan akan menjauhkan sesuatu yg sudah dekat dan menghilangkan hikmah yg sudah berada di hati. Begitu juga dgn sifat marah yg berlebihan krn boleh merosakkan hati seorang yg bijak.

2. Berbicara dgn baik-baik dan buatlah wajah berseri-seri. Sikap demikian akan membuatkan kita lebih disukai oleh orang ramai.

Semoga menjadi peringatan dan panduan kpd ambo dan rakan-rakan. InsyaAllah.

(Akan bersambung di post yg seterusnya)

Thursday, May 13, 2010

Bertani Adalah Ibadah (2)





Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan bahawa apabila seseorang Islam bercucuk tanam, tiba2 hasil tanamannya dimakan oleh manusia, binatang atau burung, melainkan dia akan memperolehi pahala sedekah (HR Bukhari dan Muslim).

Kegiatan pertanian merupakan akiviti penting bagi kehidupan manusia. Tanpa makanan manusia tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Wednesday, May 12, 2010

Bertani Adalah Ibadah (1)






"Dan Dialah yg menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dgn air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yg menghijau itu benih yg banyak, dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yg menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami kelaurkan pula) zaitun dan delima yg serupa dan yg tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya pada yg demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yg beriman." - An An'am:99

Sesuatu bangsa itu tidak akan berupaya membangunkan tamadunnya tanpa pertanian. Seorang ulama, Al Zarkasyi berkata, "bahawa semua orang memerhatikan makanan kerana tidak ada yang tidak memerlukan kepada hasil tanaman dan kehidupan tidaklah teratur tanpa adanya makanan".

Pengerusi J/kuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Haji Che Abdullah Mat Nawi berkata, gagasan Bertani Satu Ibadah merupakan pelaksanaan kepada dasar Membangun Bersama Islam. Ianya memberi penekanan kepada usaha-usaha mendidik rakyat Kelantan menjadikan Islam sebagai dasar dan cara hidup. Disamping itu, konsep ini juga bertujuan utk meningkatkan pemahaman dan penghayatan konsep ibadat di kalangan masyarakat tani berteraskan prinsip Masuliah, Ubudiah dan Itqan.

InsyaAllah.

Tuesday, May 11, 2010

Sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w


Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Antara sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yg patut kita ikuti;
  1. Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  3. Solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  4. Sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  5. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
  6. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling berzat, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang munafik dan mungkar.


Wednesday, May 5, 2010

Solat Jumaat & Asar di Jajahan Machang


Tanggal 17 Rabiulakhir 1431H bersamaan dgn 2 April 2010, YMM Pemangku Raja telah mengampuni perkenan utk berangkat menunaikan solat Jumaat dan Asar di Jajahan Machang. Tuanku telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Raja, Kampung Pek, Machang. Masjid ini terletak ditepi Jalan Kuala Krai, bersebelahan dgn Balai Polis Kampung Pek.

Setiap kali Tuanku berangkat utk solat Jumaat dan Asar di setiap daerah, Tuanku mengampuni perkenan utk mengurniakan zakat kpd fakir miskin. Tuanku juga menziarahi keluarga-keluarga susah atau pesakit kronik utk dihulurkan bantuan.

Ambo paling suka bila Tuanku berangkat ke masjid-masjid apabila orang2 kampung serta bantuan drp MAIK, membersih masjid secara gotong royong. Masjid berkenaan akan jadi bersih dan sedap mata memandang. Sepatutnya J/kuasa masjid perlu ada inisiatif utk memastikan keadaan masjid sentiasa bersih. Maklumlah, masjid ini ialah rumah ibadah yg suci bagi umat Islam. Jadi kita musti menggambarkan kehidupan Islam secara total di masjid dr segi kebersihan, kesucian, kemakmuran dan sebagainya.

Jamuan utk rakyat juga akan dilakukan secara 'bekwoh'. Satu tradisi rakyat Kelate yg penuh ceria. Tok-tok imam pun suka kerana ada sesetengah masjid itu akan dapat karpet baru, cat baru dan lain-lain.


Banner keberangkatan Tuanku



Solat Jumaat di Masjid Mukim Raja



Pada waktu Asar, Tuanku telah berangkat menunaikan solat di Masjid Mukim Kaabah, Pangkal Meleret, Machang. Masjid ini dahulunya ialah sebuah surau tempat datuknya YB. Dr. Fadhli, Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan mengajar kitab dan al-quran kepada masyarakat setempat.

Selepas itu dinaiktarafkan kpd sebuah masjid utk kegunaan orang2 kampung. Kita seboleh-bolehnya menyimpan hasrat utk bersedekah yg pahalanya boleh mengalir kepada kita sampai bila-bila. Sebagai contoh, dengan derma utk membina masjid, surau, pusat tahfiz, pondok atau membina sendiri masjid2 dan surau2. Sedekah dalam bentuk ini, InsyaAllah akan berpanjangan. 3 perkara yg akan dibawa sampai ke kiamat i.e amalan semasa hidup, doa drp anak yg soleh dan sedekah amal jariah.




Selepas solat Asar, Tuanku telah menziarahi 2 pesakit kronik disekitar kampung tersebut. Dikesempatan ini Tuanku akan bertanya khabar, memberi nasihat dan motivasi serta bertitah kepada agensi2 kerajaan utk memberi pertolongan. Tuanku juga menghulurkan sumbangan peribadi kepada pesakit-pesakit ini.

Kadang-kadang ambo tengok orang-orang miskin atau pesakit-pesakit ini menangis dan terharu kerana kesudian Tuanku utk melawat mereka. Bantuan itu adalah satu bonus kepada mereka. Apa yg bernilai ialah Tuanku mencemar duli utk menziarah mereka. Satu penghormatan.


Didepan rumah pesakit kronik



Menanti keberangkatan pulang Tuanku



Senyum itu sedekah




Tahniah diucapkan kpd kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang terutama Tuan DO kerana menjayakan acara keberangkatan ini. Semoga anda dirahmati Allah s.w.t.

Sesungguhnya Tuanku dekat di hati rakyat.


'SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT'.

Monday, May 3, 2010

Program Al-Kulliyyah


Tanggal 10 Rabiulakhir 1431H bersamaan dgn 26 Mac 2010, YMM Pemangku Raja Kelantan telah mencemar duli utk berangkat ke program Al-Kulliyyah, yg disiarkan secara langsung, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV sempena karnival Jom Heboh 2010 di Kelantan.

Setelah beberapa tahun TV3 menganjurkan karnival Jom Heboh ini, baru tahun ni pihak penganjur dapat ‘menembusi’ Kelantan. Semasa mesyuarat diadakan, wakil drp pihak Media Prima menyatakan bahawa pihaknya begitu menghargai persetujuan drp pihak Kerajaan Negeri Kelantan utk membenarkan karnival Jom Heboh diadakan. Wakil drp Kerajaan Negeri memberitahu selagi mana pihak penganjur sanggup utk mematuhi Enakmen Hiburan Negeri Kelantan, pihak Kerajaan Negeri akan bekerjasama.

Semasa menanti keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja, ambo berada di dlm khemah VVIP, ramai juga selebriti2 TV3 yg ambo jumpa. Antaranya, Zakiah Anas, Teh Syuhada, Annahita, Aidid Marcelo dan ramai lagi. Muka cam tapi nama kurang pasti. Hok sohor-sohor jah ambo kenal.


Bersama dif-dif jemputan




Menunggu keberangkatan tiba YMM PR di luar khemah VVIP



Orang ramai tidak melepaskan peluang utk menyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja


Ambo perhatikan setiap kali YMM Pemangku Raja mencemar duli utk berangkat kemana-mana majlis, sambutan rakyat begitu ramai. Rakyat sangat teruja utk menatap sendiri YMM Pemangku Raja. Kebanyakkan rakyat menyatakan sokongan yg ta berbelah bagi utk YMM Pemangku Raja. Mereka berdiri teguh di belakang pemerintahan yg adil, cakna rakyat dan menjadikan agama Islam sebagai asas kehidupan.

Tajuk perbincangan program Al-Kulliyyah pada petang tu ialah ‘Makanan Sunnah’. Pengacara nya ialah Ust Fauzi Mustaffa. Manakala panel2nya ialah Ust Roslan Mohamad, Pensyarah Kanan Universiti Malaya dan Pn Nor Ilyana drp Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Kubang Kerian. Sambil2 bertugas, tu ambo dengar la sikit2 kandungannya. Antaranya lauk ikan tidak boleh dimakan sekali dgn lauk daging kerana akan melambatkan proses penghadaman. Buah kurma, kismis, habasstus sauda, madu begitu digalakan utk dijadikan makanan amalan. Panel2 juga ada menerangkan kelebihan serta hikmah disebalik makanan sunnah agar kita memperoleh manfaat dari khasiat ciptaan Allah s.w.t.


Ust. Fauzi Mustaffa, pengacara utk program Al-Kulliyyah


Panel2 Al-Kulliyyah

Pada keesokkan harinya, iaitu Hari Sabtu, sebelah malamnya berlangsung Konsert Jom Heboh. Antara intipati Enakmen Hiburan Negeri Kelantan, jika sesuatu konsert diadakan, hendaklah memastikan tiada artis2 wanita yg buat persembahan dan pengasingan penonton dikalangan wanita dan lelaki. Antara artis yg buat presembahan pd mlm itu ialah Jamal Abdillah, Azlan (ex vokalis MUH), Megat Nordin dll. Pihak penganjur telah member kerjasama yg baik bagi menjayakan konsert ini tanpa sebarang kontroversi.

Secara keseluruhannya, sambutan rakyat Kelantan begitu memberangsangkan terhadap karnival Jom Heboh 2010 ini. Syabas diucapkan kepada Media Prima Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Kelantan.


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT