Sunday, March 7, 2010

4x4 with Etiqa

Bersama Halim a.k.a Nasi Tambah di Dataran Maybank.


Pada 24 - 26 April 09, ambo telah menyertai satu expedisi 4x4 ke Endau Rompin bersama dgn staff 2 Etiqa anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Etiqa. Ambo baru sampi di KL pada pagi tu i.e 24/04/09 drp Kelate dgn menaiki bas. Masa perjalanan lebih kurang 8 jam. Berkumpul di Dataran Maybank dlm pkul 10 pagi. Flag off dilakukan oleh Dato' Amin, CEO Mayban Fortis.


Meredah hutan utk sampai ke 'camp site'


Dalam perjalanan, ada sesi memperkenalkan diri dan cipta satu 'call sign' sbg ganti nama sebenar. Ambo pilih sbg SHEIKH utk call sign ambo. Tempoh perjalanan drp Dataran Maybank ke 'camp site' tu ambil masa 8 jam! Jadi utk hari tu ambo travel lebih kurang 18 jam (kelate - kl-endau rompin)!!! Jauuuhhhh..... Tp minat punye pasal, semua ok... Bila smpi, semua dah exhausted, so tidooooo...


Menaiki bot utk lakukan aktiviti 'jungle trekking'


Hari Ke 2, ada aktiviti jungle trekking. Tp kena naik bot dulu sebelum smpi ke trek tu. Bila smpi kat trek tu, kena daki gunung dan redah hutan utk sampai ke air terjun yg cantik. Dalam perjalanan, kena lintas jmbtn gantung, dpt lihat ikan kelah liar yg besar-besar, bekas tapak kaki dan najis gajah serta lain-lain. Amat menarik.......



Pemandangan di air terjun. Cantikkkk


Ambik masa lebih kurang 2 jam dgn berjalan kaki nak sampi ke sini. Tidak termasuk dgn naik jeep dan bot. Letih, tp seronok tgk keindahan alam yg tak terusik. Cool.



Berehat sekejap sebelum memulakan perjalanan balik ke camp site.



Mambahagikan brg2 derma kpd perkampungan orang asli.


Semasa perjalanan pulang ke camp site, puok2 ambo telah berhenti di sebuah perkampungan orang asli utk agihkan derma2 yg dibawa bersama, Brg2 derma ini telah di beri oleh staff2 Etiqa yg prihatin.


Kita minum dulu .... Kluang Rail Coffee


On the way back to KL, ada diantara kami telah singgah pekena kopi di Kluang. Memang betui2 asli kopinya dan kaw!!! Ini baru betul Kluang Rail Coffee. Apa yg boleh ambo simpulkan ialah aktiviti ini memang betui2 seronok, Dpt byk pengalaman. Thank to Amir Lagong selaku penganjur dan Kelab Sukan & Rekreasi Etiqa. Ambo suggest kelab2 sukan yg lain pun boleh menganjurkan aktiviti begini, utk release tension... Tak semestinya kelab sukan hanya perlu anjur aktiviti sukan shj. Sekali sekala try outdoor sport. Baru powerrr.......


No comments:

Post a Comment